Monday, February 18, 2013

Penerangan dan huraian lencana smkbkt



           





lencana sekolah






    BUKIT
  Melambangkan ketinggian martabat ilmu dan kemuncak cita-cita untuk menjadi insan yang
  sempurna selain itu  bukit tersebut juga adalah berkait dengan lokasi nama tempat sekolah
   ini di bina  iaitu  Bukit Kucing Tengah.


   ENAM GARISAN
   Enam Garisan di bawah bukit  melambangkan cahaya penyuluh hidup.


    TIGA GELUNG 
    Melambangkan kesepaduan 3 tonggak utama iaitu unit Kurikulum, unit HEM dan unit
    Kokurikulum untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
    jasmani. (JERI)

    BUKU 
    Melambangkan Ilmu pelita hidup dan jendela dunia.

    GEAR 
     Melambangkan penggerak dan penjana modal insan cemerlang untuk kemajuan negara dan mencapai
     wawasan 2020.

   LIMA BUCU 
   Melambang 5 rukun negara yang menjadi teras dan pegangan  semua warga sekolah. Rupa bentuk
   lima  bucu ini juga adalah simbolik rupa  muka kucing yang   juga menunjukkan kepada nama tempat
   sekolah  tersebut di bina.

  PERISAI
  Rupa bentuk perisai yang berada di bawah  menjadi tapak yang kukuh untuk mempertahankan segala
  cabaran, halangan dan rintangan dalam menuntut ilmu pengetahuan.